Saturday, April 2, 2011

its all about me ;)


mighty morphin power rangers



ENTRY kali ini aku khususkan kepada perempuan2 yang telah salah memahami tentang diri aku. hmm. first of all. aku nak korang buka pemikiran korang seluas luasnya dan fikirlah dari semua sudut tentang apa yang akan aku ceritakan. think positively, thats The Way I Are.


okay. IJAT POYO, kenapa dengan nama itu? adakah ijat ni seorang yang POYO? seorang yang suka berlagak? cara berjalan? cara percakapan dia? n others~ ( malas nak taip panjang2 ) .. kalau ada sila kemukakan pendapat anda ke dalam inbox facebook si IJAT POYO ni.


okay. ape la yang aku merepek ni. haih. actually aku nak ceritakan serba sedikit tentang diri aku supaya dari sini lah korang boleh memahami aku dengan lebih rapat lagi. aku tidak akan menceritakan semuanya tentang diri aku kerana ia akan secara tidak langsung membuat korang tidak faham. dont understand, tentang apa yang sebenarnya nak aku ceritakan dekat korang.


perwatakan yang ada, yang telah wujud dalam diri aku sejak aku kecil lagi antaranya ialah aku ni seorang yang mudah menangis, amboi2. lelaki pon menangis ea. tak malu na. haha. ntah pape. tapi itu sememangnya kenyataan lah. air mata aku ni bukanya sia2. aku menangis untuk perkara penting2 saja. tapi kan aku tengok hindustan kan kan aku menangis. haha. lagi lah tak boleh blah. hahaha. cerite dia sedih sangat kot. itu yang terlebih feeling sampai tak sedar air mata mengalir. huhu. segannya ceq.


selain itu, aku ni seorang yang tidak suke cari gadoh dengan orang lain. walaupun aku kene bahan ke ape ke. aku aku rilek jea. tenang2, asalkan tiada yang berlebam. haha. kalau nak ekstrem lagi tiada yang patah2 la. wakakaka.... eh eh. stamina mina zangalewa.. its time to africa.. haha. masuk air dah aku ni. berbaik kepada cerita asal, aku tak suke cari gadoh ni bukannya apa, bukannya aku nie pengecut, takut, or etc2. kalau nak diikutkan masa zaman aku sekolah rendah dulu. aku ni kuat gadoh kot. bukan nak berlagak ke ape la kan kan. just nak shared kat korang ni.


aku dulu waktu zaman budak2. dalam satu minggu tu mesti ada gadoh besar punya. tapi aku sorang2 la. dulu mana bawak geng. gentle la kan kan. dah kata lelaki, ehehe. nie semua masked rider punye pasal la. tak pon power rangers. haha. nak jadi hero punya pasal. tapi semua yang aku gaduh tu ada sebab. sebab utama mestilah bukan aku yang start dulu kan. itu adalah prinsip aku. dia orang lah cari pasal dengan aku. haha.


salah satu perisitiwa yang aku masih ingat sampai sekarang adalah sewaktu aku berumur darjah tiga. ( pelik nye ayat ) haha. ade seorang kawan kelas aku nih. dia curi aku punya shaker n aku punya sharpener yang pusing2 tu. apa namanya pon aku dah tak berapa na ingat dah. dulu terkenal kot pensil tekan shaker nie. PILOT THE SHAKER. tu dia tu dia. haha. dia curi then terkantoi.


aku dapat informasi dari anak2 buah aku. haha bajet mafia pula. then aku tanya dia. tapi tak mahu mengaku pula. aku pun bengang la. aku selongkar beg dyer. then aku ternampak aku punya PILOT THE SHAKER. aku pon bertambah bengang then aku teros tumbok badan dia. dia jatuh. dia bangon. dia menggunakan gaya brucee lee. aku pon apa lagi. aku berubah la. its MORPHIN TIME!! ( bertukar ) .


aku menggunakan gaya power rangers mighty morphin. aku minat tommy yang warna putih 2. lepas aku bertukar aku pon bergaduh la dengan dia. after sekolah pon bergaduh. aku tolak dia jatuh dari bukit kot. *bukuuuuiiit kecil depan sekolah rendah agama lembah jaya. dia jatuh bergolek golek. aku pon puas hati.


Dipendekkan ceritalah kan kan. pergaduhan antara aku dan dia berterusan selama seminggu. ini kerana mama aku dapat tahu aku bergaduh dan mama pergi ke sekolah berjumpa dengan guru penolong kanan merangkap kawan daddy aku waktu sekolah rendah dulu dekat sungai besar, selangor. kampung daddy aku tu. lai lai. singgah sungai besar. haha.


eh korang kalau korang nak tahu sekarang ni aku mengamalkan satu silat ni. tujuan aku belajar silat adalah untuk persiapan diri aku dari segala kemungkinan yang akan berlaku pada masa akan datang. aku hanya akan menggunakanya apabila terdesak sahaja. yelah. aku kan tak suka cari gaduh. *memang betul. okay sekurang kurangnya aku ada belajar seni mempertahankan diri.


okay nama silat ini adalah SILAT CEKAK USTAZ HANAFI, silat ni memang the bestlah. so simple, senang dipelajari untuk wanita. bila kita dah habis belajar memang kita akan sentiasa tidak suka cari pasal dengan orang. siapa yang cuba2 nak serang kita tu memang cari bala. ehehe, ia amat berbahaya kepada sesiapa yang mencari nahas. sebab ia hanya 99% untuk pertahanan diri dan 1 % untuk serangan. nak tahu lebih lanjut? belajarlah silat ini dan kalau aku rajin nanti aku akan ceritakan pada post aku yang lain tentang silat ini. fullstop. dah jauh aku melencong ni. :P


okay3. kite teruskan dengan perwatakan aku yang lain. ehem2. aku nie sebenarnya seorang yang JIWANG. aku tak tahu la kenapa kan kan. tapi dah TER JIWANG. na buat macam mana kan. nak kata romantik NO COMMENT la. bersambung...... :P


hehe, sampai disini saje. lain kali aku cerita2 lagi dekat korang. malas dah nak taip panjang2. hahaha. banyak yang melencong. dah lari tajuk sebenar, hehe. kalau korang nak tahu lebih lanjut pasal aku dan apa yang aku nak shared dengan korang. silalah selalu jadi stalkers saya ;) "KBAI"





waktu ni kejohanan waja diri peringkat kebangsaan silat cekak ustaz hanafi 2009. korang rasa mana yang paling handsome?? :P