Tuesday, March 29, 2011

putus harapan sudah


photo by festgraphy photography & trading


putus putus putus, putus harapan aku dekat korang perempuan. aku dah tak tahu dah nak describe feeling aku macam mana. kenapa aku susah sangat nak dapat perempuan yang aku suka?? kenapa kan time aku dah suka perempuan tu baru aku tahu dia sudah ada boyfriends. hancur harapan aku. kenapa kan kan. bila aku dah suka perempuan tu dia tak suka dekat aku?? tidak layakkah aku bercinta?? tidak layakkah aku mencintai seorang gadis dengan sepenuh perasaan hatiku. tapi kan kenapa kalau aku suka sesetengah perempuan tu dan perempuan tu juga suka dekat aku tapi aku tak dapat rasakan kehangatan perasaan itu. aku macam teragak agak nak mencintai dia ke tidak. pelik gila kan kan. hmm. aku tak tahu kenapa semua itu terjadi dekat aku. adakah aku ni terlalu memilih ataupun disebabkan aku ni terlampau baik sangat or terlampau jahat sangat or terlampau lain lain.

tapi kan kalau korang nak tahu. aku ada satu jenis perasaan ni tau. perasaan ini tak hilang2 pon sejak setahun yang lalu. dah lama dah. kenapa aku still sayang sangat2 dekat dia. aku dapat merasakan suatu hari nanti mungkin kami akan bersama kembali. rase macam takdir aku adalah untuk dia dan dia untuk aku. aku dapat merasakan kehangatan itu. tapi aku tak tahu la ape perasaan dia dekat aku. sayang seribu kali sayang, dia telah pergi meninggalkan aku. kini dia sudah ada pengganti. aku tengok dia macam happy je dengan bf dia. aku cemburu gila tengok die orang. aku tak boleh buat apa2. aku just dapat memerhatikan perkembangan dia melalui facebook dia. dia dah pindah duduk pahang. hmm

kenapa dia tinggalkan aku, adakah sebab faktor dia berpindah?? adakah aku nie terlampau baik sangat dekat dia?? kalau korang nak tahu la kan kan 4 bulan kami bersama. aku tak pernah marah2 dia pon. tak sampai hati la aku nak marah2 dia. aku sayangkan dia. tak nak tengok dia sedih. baru2 ni aku letak gambar aku dengan dia dekat facebook dalam album me and others. malam tu dia text aku and marah2. mase tu aku dekat klcc then aku ade meeting dan training. dia marah2 aku dan suruh aku delete gambar tu. aku cakap la aku tengah busy kan. then dia mintak password facebook aku lah kan nak delete gambar tuh. aku mana nak bagi. karang dia buat macam2 dekat facebook aku, habis!!


dia mesej aku bagai2 lah kan suruh aku delete. aku pun dah menitiskan air mata time tu. bhaii. dekat klcc aku menangis orang tengok buat malu jea weyh. nasib baik aku bawa sweater then pakai boleh cover sikit. ade sebab la kenapa aku menangis kan aku pon malas nak taip panjang2. hmm, aku pon apa lagi terpaksa cancel semua aktiviti aku malam tuh dan rushing balik rumah untuk delete gambar tu. i'll do anything for her selagi aku ade kemampuan untuk buat bende itu. air mata aku tak berhenti jatuh sewaktu perjalan pulang ke rumah. tapi aku terpakasa hentikan jugak titisan2 air mata itu.


akhirnya aku sampai dekat rumah then aku delete gambar aku dengan dia. berat hati aku untuk melakukan itu kerana ramai dah yang komen n like :( aku rindu dia, walaupun dia jauh dari aku. kehangatan perasaan aku terhadap dia masih membara. api cinta itu membakar dan terus membakar. susah aku nak padamkan. aku dah cuba untuk mencintai orang lain. kalau aku suka perempuan tu aku akan suka sekejap2. then lama2 aku dah tak suke budak tu. aku nak mencintai perempuan lain. tapi hampehh. perasaan tu tak muncul. kalau korang nak tahu. perempuan yang aku akan sayang betul2 adalah perempuan yang dapat buat jantung aku berdegup2 kencang apabila secara live aku melihat wajahnya atau mendengar suaranya.


hmm. aku tak tahu apa sebenarnya perempuan kat luar sana fikir pasal aku. mesti dia orang fikir aku ni macam2. aku dah banyak kali kene macam tu dan dah kena kutuk bagai2. takpelah. itu hak die orang. aku malas nak cari gaduh. aku tak suka pergaduhan. aku nak minta maaf dekat sesiapa yang aku pernah sakitkan hati dulu. mane tahu kan tanpa aku sedari aku dah sakitkan hati dorang semua. hmm. sekarang ini aku hanya dapat menunggu seorang perempuan hadir dalam hidup aku. menceriakan hidup aku yang selama ini diulit perasaan kesedihan dan kesunyian. jangan biar aku sendiri lagi. aku tak nak jadi playboy. ehehe.

Monday, March 7, 2011

woot woot.. ape tu??

BarleeNcoffee



woot woot.. huhu. kau dah kenapa ijat?? haha. sewel dah. eh. ade pembaca lah. u all semua tengok gambar ape tu? gambar ni kaburkan kan? huhu. mintak maaf banyak2 lak k. masa ini tiada siapa pon bawa camera. ni pon guna camera phone. kalau u all nak tahu la kan kan. hari ahad bersamaan dengan 6.7.2011 . kawan2 saya iaitu fiq lipas hensem dan freddy kay telah membuat performance tepat pukul 9 malam di CAFE Dsutra taman melawati. rugi lah u all tak datang. suara dia orang memang....... fuhh tak terkata lah aku. tapi kalau u all nak dengar suara dia orang yang live lain kali bolehlah selalu follow perkembangan dia orang dekat facebook. search je nama yang aku tulis ni.


ehem2. blog yang aku update kali ni aku khususkan kepada fiq lipas hensem dengan freddy kay dan kawan2 kite orang yang support mereka berdua ni. sorry lah gambar die orang tiada. lain kali aku snap dan letak kat dalam post yang lain k. aku memang berbangga sebab dapat berkenalan dengan mereka semua. mereka semua memang kawan2 yang terbaik lah. ada yang sanggup datang dari jauh kasi support. bagus kan dia orang. okay aku akan list nama2 dia orang yang datang. * nama berdasarkan dalam facebook


  • ijat poyo
  • didie casablanca
  • azreen ali
  • nurul shahira anuar
  • zizaty lah
  • shah avengeance
  • zachasfa avengeance



haa. itulah dia nama2 yang telah memberi support kepada freddy kay dan fiq lipas hensem. kite orang memang happy la time tu. pada masa yang sama juga ada artis2 yang telah mengunjungi kedai itu. yang aku ingat sorang je. nama dia Aesar mustafa. beliau ni adalah singer, actor, composer, choreographer dan creative consultant. maybe korang tak kenal sangat kot dia ni. dia ni sempat cover lagu anuar zain-keabadian cinta. besh juga la suara dia.


selepas itu, aku telah diberi kesempatan oleh fiq lipas hensem untuk perform satu lagu. aku tak tahu nak cover lagu ape. nervous gila kot. then aku decide untuk nyanyi lagu ciptaan aku ~KEMBALI~ . dekat atas ni lah gambar aku dengan partner aku, didie casablanca. buat sementara waktu ni kite orang guna nama BarleeNcoffee. okay tak nama ni? okay kot. haha. tapi ape ape pun aku telah dapat pengalaman yang bermakna bersama dengan die orang semua ni. memang terbaik la. aku harap dapat memperbaiki lagi kelemahan yang ada dalam diri aku ni. aku still mentah. mat saleh kata amatur. huhu. thats all, banyak lagi nak cerita tapi malas la nak taip panjang2. bye2 semua~

Tuesday, March 1, 2011

I NEED SOMEBODY TO LOVE


yeah. today. aku nak cerita tentang perasaan aku. sudah tiba masanya aku nak luahkan segala-galanya. i just need somebody to love. nampak desperated sangat ke? huhu. aku tak tahu apa yang bermain dalam pemikiran aku. hati dan perasaan aku susah nak di duga. kejap yang itu kejap yang ini. haih. ape punya jenis lelaki lah aku nie kan. hmm. tape. sekarang ni aku nak cari girl yang berkenaan. berikut adalah ciri-ciri girl yang dikehendaki oleh aku.




  1. berfikiran matang.

  2. manja.

  3. bijak menyelesaikan masalah.

  4. tak banyak ikut hati dan perasaan.

  5. berfikir sebelum membuat keputusan.

  6. terima seadanya.

  7. non matearilistic.

  8. cantik.

  9. nampak manis bila dipandang.

  10. romantik.

  11. setia.

  12. jujur.

  13. dapat mencairkan aku dengan nada suaranya.

  14. sopan dan tidak menggunakan kata-kata yang tuttt.

  15. lemah lembut.

  16. senang di pujuk.

  17. gigi tidak kuning.

  18. make up tidak tebal kerana natural face lagi nampak rawrr. haha

  19. sembahyang cukup kerana nanti dia akan selalu tanya aku sudah sembahyang ke belum. haha

  20. tidak tinggi dari aku
  21. banyak bercakap sebab aku pon sama. suka bercerita cerita.


sebenarnya bukan semua ciri2 ini perlu ada dekat perempuan yang aku kehendaki tu. at least ada jugalah. hmm. aku memang memilih dalam mencari pasangan. aku bukannya nak kata aku ni apa apa lah kan. bajet lah ape lah etc2. tapi hakikatnya memang aku setia bila bercinta. aku
just nak korang semua tahu apa yang aku inginkan dalam kehidupan aku ini. bukannya senang aku nak jatuh cinta. aku tak nak nanti aku tersalah pilih. aku memang pantang bila nampak girl yang cantik, yang cute dan semua ciri2 yg aku senaraikan tadilah. biarlah korang nak kata aku ni apa. dahulu, adakalanya aku sombong dan bongkak tapi aku semakin dewasa, fikiran aku semakin matang dan peristiwa2 yang telah terjadi dekat aku telah membuat aku berfikir dengan sebaik baiknya sebelum membuat sesuatu perkara. ada masanya aku ni memperbodohkan diri aku sendiri tanpa aku sedari. aku akan elakkan bende itu supaya tidak akan berulang lagi. cukuplah dengan apa yang telah terjadi pada waktu itu. di sini aku ingin pohon kemaafan dari semua orang yang telah aku sakiti pada masa dahulu.


I JUST NEED SOMEBODY TO LOVE

nak sesuatu? kene usaha lebih la. baru boleh capai

lappy DELL *tak tahu name sebenar





nikon d3100




santa cruz H-13



yamaha keyboard




hye followers?? huhu. n hye juge kepada stalkers2. hehe. aku tahu pun kamu semua sedang melihat lihat aku punya blog pada waktu ini. terima kasih lah kerana sudi membaca blog aku yang tidak seberapa ini. dah selesai tengok gambar?? okay sekarang ni aku nak cerita dekat u all semua. baca jangan tak baca. haha.blog kali ini aku khususkan kepada raja mohd adib. dia adalah tuan punya gitar yang aku pinjam seminggu yang lepas.buat pengetahuan awak2 semua. aku ni baru nak balajar main gitar . nak beli gitar sendiri tapi RM tengah tiada. huhu. aku hanyalah penganggur terhormat pada masa kini. aku mahu kerja tapi tidak kesampaian kerana aku terpaksa menjadi babysitter buat sementara waktu. aku kena jaga adik aku yang kecil itu, dia nak masuk 5 tahun pada tahun ini. adik2 aku semua perempuan. aku je anak sulung. lelaki seorang. haha kesian.


kalau u all nak tahu. adik aku yang last sekali ni cumel tau, macam abang dia lah. haha. perasan lebih. ehem2. selain itu, aku juga terpaksa menjemur pakaian, menyediakan makanan untuk adik2 aku yang mahu pergi ke sekolah dan kerja2 rumah yang lain. rajin tak aku? haha. aku terpaksa. aku dipaksa. mengapa?? kenapa?? mengapa ini semua harus berlaku?? *lagu cinta 3 segi.. ayoyo. aku nak kerja, aku nak duit banyak2. aku nak beli GITAR. aku nak beli KEYBOARD. aku nak beli CAMERA DSLR, aku nak beli LAPTOP sendiri. aku nak beli BAJU dan SELUAR baru. semua aku nak beli. tapi yg paling penting aku nak beli LAPTOP dan CAMERA DSLR. my own property. tiada siapa boleh menggunakannya. aku kedekut. haha.

haih. nampaknya hajat aku tak kesampaian buat masa sekarang ini. tapi sekarang ini aku lebih berusaha mempraktikkan suara aku. aku ingin mengucapkan ribuan terima kasih kepada kawan2 aku yang telah banyak menolong aku especially fiq lipas hensem. dia banyak membantu aku dalam industri ni. banyak pengalaman yang telah aku dapat bersama dengan dia. hehe. sampai sekarang aku ingat lagi ayat dia. "kau kene berusaha jat. dulu aku pon macam kau. banyak cabaran dan dugaan. yang penting kau tak boleh putus asa. semua orang start dari zero. " huhu. itulah salah satu kata2 yang fiq nasihatkan dekat aku. be strong ijat. yeahhhh. i know i can do this. keep it up~