Tuesday, March 29, 2011

putus harapan sudah


photo by festgraphy photography & trading


putus putus putus, putus harapan aku dekat korang perempuan. aku dah tak tahu dah nak describe feeling aku macam mana. kenapa aku susah sangat nak dapat perempuan yang aku suka?? kenapa kan time aku dah suka perempuan tu baru aku tahu dia sudah ada boyfriends. hancur harapan aku. kenapa kan kan. bila aku dah suka perempuan tu dia tak suka dekat aku?? tidak layakkah aku bercinta?? tidak layakkah aku mencintai seorang gadis dengan sepenuh perasaan hatiku. tapi kan kenapa kalau aku suka sesetengah perempuan tu dan perempuan tu juga suka dekat aku tapi aku tak dapat rasakan kehangatan perasaan itu. aku macam teragak agak nak mencintai dia ke tidak. pelik gila kan kan. hmm. aku tak tahu kenapa semua itu terjadi dekat aku. adakah aku ni terlalu memilih ataupun disebabkan aku ni terlampau baik sangat or terlampau jahat sangat or terlampau lain lain.

tapi kan kalau korang nak tahu. aku ada satu jenis perasaan ni tau. perasaan ini tak hilang2 pon sejak setahun yang lalu. dah lama dah. kenapa aku still sayang sangat2 dekat dia. aku dapat merasakan suatu hari nanti mungkin kami akan bersama kembali. rase macam takdir aku adalah untuk dia dan dia untuk aku. aku dapat merasakan kehangatan itu. tapi aku tak tahu la ape perasaan dia dekat aku. sayang seribu kali sayang, dia telah pergi meninggalkan aku. kini dia sudah ada pengganti. aku tengok dia macam happy je dengan bf dia. aku cemburu gila tengok die orang. aku tak boleh buat apa2. aku just dapat memerhatikan perkembangan dia melalui facebook dia. dia dah pindah duduk pahang. hmm

kenapa dia tinggalkan aku, adakah sebab faktor dia berpindah?? adakah aku nie terlampau baik sangat dekat dia?? kalau korang nak tahu la kan kan 4 bulan kami bersama. aku tak pernah marah2 dia pon. tak sampai hati la aku nak marah2 dia. aku sayangkan dia. tak nak tengok dia sedih. baru2 ni aku letak gambar aku dengan dia dekat facebook dalam album me and others. malam tu dia text aku and marah2. mase tu aku dekat klcc then aku ade meeting dan training. dia marah2 aku dan suruh aku delete gambar tu. aku cakap la aku tengah busy kan. then dia mintak password facebook aku lah kan nak delete gambar tuh. aku mana nak bagi. karang dia buat macam2 dekat facebook aku, habis!!


dia mesej aku bagai2 lah kan suruh aku delete. aku pun dah menitiskan air mata time tu. bhaii. dekat klcc aku menangis orang tengok buat malu jea weyh. nasib baik aku bawa sweater then pakai boleh cover sikit. ade sebab la kenapa aku menangis kan aku pon malas nak taip panjang2. hmm, aku pon apa lagi terpaksa cancel semua aktiviti aku malam tuh dan rushing balik rumah untuk delete gambar tu. i'll do anything for her selagi aku ade kemampuan untuk buat bende itu. air mata aku tak berhenti jatuh sewaktu perjalan pulang ke rumah. tapi aku terpakasa hentikan jugak titisan2 air mata itu.


akhirnya aku sampai dekat rumah then aku delete gambar aku dengan dia. berat hati aku untuk melakukan itu kerana ramai dah yang komen n like :( aku rindu dia, walaupun dia jauh dari aku. kehangatan perasaan aku terhadap dia masih membara. api cinta itu membakar dan terus membakar. susah aku nak padamkan. aku dah cuba untuk mencintai orang lain. kalau aku suka perempuan tu aku akan suka sekejap2. then lama2 aku dah tak suke budak tu. aku nak mencintai perempuan lain. tapi hampehh. perasaan tu tak muncul. kalau korang nak tahu. perempuan yang aku akan sayang betul2 adalah perempuan yang dapat buat jantung aku berdegup2 kencang apabila secara live aku melihat wajahnya atau mendengar suaranya.


hmm. aku tak tahu apa sebenarnya perempuan kat luar sana fikir pasal aku. mesti dia orang fikir aku ni macam2. aku dah banyak kali kene macam tu dan dah kena kutuk bagai2. takpelah. itu hak die orang. aku malas nak cari gaduh. aku tak suka pergaduhan. aku nak minta maaf dekat sesiapa yang aku pernah sakitkan hati dulu. mane tahu kan tanpa aku sedari aku dah sakitkan hati dorang semua. hmm. sekarang ini aku hanya dapat menunggu seorang perempuan hadir dalam hidup aku. menceriakan hidup aku yang selama ini diulit perasaan kesedihan dan kesunyian. jangan biar aku sendiri lagi. aku tak nak jadi playboy. ehehe.

3 comments: