Thursday, July 7, 2011

Burungku dah mati :'(



BURUNG HITAM



Burungku dah mati. kesian burung itu. salah aku kerana tidak menjaga burung itu dengan elok2. aku sedih sangat2, kini burung itu sudah tiada. andai dapat ku undurkan putaran dunia. aku nak jaga burung tu elok2. tak sampai sepuluh minit burung itu sudah mati. kenapa dia tidak hidup je. tak boleh nak tahan lame sikit ke. lagi 30 minit ke. kenapa tak sampai 10 minit? aku tak puas lagi bermain dengan burung itu. walaupun burung itu hodoh dan bulu dia hitam. aku kene terima burung itu seadanya.


kesian burung itu. aku ingat lagi masa aku tengah tidur tadi dan aku tersedar. aku terlihat burung itu masih terjaga. comel je burung itu. aku buat tak endah je dekat burung itu lalu aku tidur semula. tiba2 aku terjaga. burung itu telah mengeluarkan sesuatu yang amat jijik. kawan aku sedar akan kejadian itu lalu aku membersihkan benda yang jijik itu. nak buat macam mana, burung itu berada dalam jagaan aku kan.


aku nak cerita dekat korang semua macam mana aku boleh berkenalan dengan burung itu. indah sungguh hari ini. aku bangun dan terus meng ONLINE KAN diri. aku telah memontengkan diri aku dari hadir ke kelas COM161 DAN CTU101. pada waktu itu lebih kurang 12 lebih tengahari kelas CTU101, kawan aku tiba2 membuat video calling melalui skype. aku pon angkat panggilan video itu.


aku berasa amat gembira kerana dapat melihat muka2 rakan sekelas aku. gembira sungguh. aku juga dapat melihat muka ustaz yang mengajar mata pelajaran itu. pada waktu itu, rakan sekelas aku sedang membuat presentation dan aku belajar dan dengar melalai skype-ing. belum pernah aku buat perkara sebegini sebelum ini. tiba2 panggilan video itu termati. aku cuba call tapi tidak dapat dihubungi. aku cuba dan mencuba tapi tiada apa2 maklum balas.


selepas itu. aku terdengar satu bunyi yang amat dahsyat lalu aku keluar dari bilik. aku terlihat sesuatu yang amat menakutkan iaitu kucing hitam yang sedang menggigit burung yang berbulu hitam itu. aku berasa amat kesian dengan burung itu. lalu aku mengacah acah kucing itu supaya melepaskan burung itu dari gigitannya. akhirnya, kucing itu mengaku kalah dan melepaskan burung itu setelah tidak sampai 10 saat aku bergelut dengannya.


aku mengambil burung itu dan membawanya ke dalam bilik aku. burung itu mengalami pendarahan yang amat kritikal. dengan menggunakan segala ilmu yang aku ada. aku telah berjaya menyelamatkan burung itu dengan penat lelahnya. aku pun menjaga burung itu dengan sebaik mungkin. burung itu telah berkenalan dengan rakan sebilik aku. aku juga telah memperkenalkan burung itu dengan rakan2 level 1001 aku. burung itu juga telah aku beri makan butterscotch. sungguh bertuah burung itu.


setelah beberapa jam kemudian aku berasa amat penat dan tertidur. burung itu berada di sebelah aku sambil menahan kesakitan yang dialaminya akibat gigitan kucing hitam yang hodoh itu. aku terjaga dari tidur kerana burung itu telah membuat bising, ERK ERK ERK bunyinya. aku dapati burung itu telah membuang najisnya di atas katil kawan aku. aku beranggapan bahawa najis yang dikeluarkan oleh burung itu hasil daripada butterscotch yang aku berikan kepada burung itu tadi.


kawan aku marah lalu menyuruh aku meletakkan burung itu di luar belakang bilik aku. aku pon terpaksa meletakkan burung itu di tempat berkenaan. beberapa minit sudah berlalu dan aku datng untuk menjenguk burung itu. alangkah terkejutnya aku apabila melihat burung itu sudah mati. burung itu mati akibat digigit dan di main main oleh kucing yang berwarna oren. aku berasa amat sedih sekali akan kejadian itu. burung itu hanya sekejap sahaja aku tinggalkan :( .


begitulah kisah burungku sudah mati. pada hari ini aku tidak hadir ke kelas kerana aku tidak berapa sihat. tetapi kelas csc134 practical aku datang kerana aku nak tengok wajah si dia. rindu sangat2 dekat dia. tapi tadi aku tak bertegur langsung dengan dia :( . aku tak tahu apa akan berlaku dalam next episode antara kisah aku dan si dia. sampai bila aku perlu berhadapan dengan cabaran ini? kuatkanlah semangat aku Ya Allah. aku memohon kepadamu.