Monday, June 6, 2011

‎" True love is like a man playing chess, he's always afraid of losing his queen "

hoping for capital 'A'

photo by festgraphy photography & trading



yeah. entry kali ini saya tujukan kepada awak si capital 'A' .

awak awak, awak nak tahu tak saya dah jatuh hati dekat awak. saya tak tahu la kenapa perasaan ini boleh muncul. tapi kan saya suka sangat2 sebab saya dapat perasaan ini. perasaan inilah yang saya mahukan selama ini. perasaan inilah yang telah muncul semenjak saya berkenalan dengan awak.

saya sebenarnya nak sangat2 kenal dengan awak. saya nak tahu perwatakan awak macam mana. walaupun dah seminggu kita kenal tapi saya tak dapat lagi nak baca perwatakan awak. kenapa susah sangat ea? apa yang telah awak buat sampai saya susah sangat nak baca semua itu?


awak awak. awak nak tahu tak?? saya kan suke pandang muke awak. bila saya pandang awak kan kan. saya rasa tenang je. sumpah saya suka gila perasaan ini. saya kalau boleh kan tak mahu perasaan ini hilang. saya dah happy awak tahu. awak perasan tak ni?


awak sama class dengan saya. kite dapat course yang sama. kalau boleh tiap2 masa saya nak tatap wajah awak. saya suka sangat2 tengok awak senyum :)


awak nak tahu tak. saya ade satu lagu nak tuju untuk awak. lagu ni salah satu dari hasil karya saya. awak mungkin tak perasan post ini, tapi saya nak juga post n kalau2 awak terbaca awak hayatilah lirik ini. :)



lirik: izzat amir@robin


ratapan naluri memanggil namamu oh sayunya
lidah ku terkelu dan mula membisu ku tak berdaya

sememangnya engkau tahu
apa yang hatiku mahu
mahukan dirimu menjadi kekasih hatiku

tiap-tiap malam ku bermimpi
mimpikan dirimu
terpegun mata ini melihat dirimu

engkaulah yang ku cari
engkaulah yang ku nanti
ku telah temuimu

usahlah kau ragu-ragu
bukalah pintu hatimu
benarkan dirimu mendengar keluhan hatiku

ku hanya mencintaimu
ku hanya menyayangimu
janganlah kau pergi meninggalkan aku sendiri

hati ini mahukanmu
hati ini merindukanmu
izinkan diriku memiliki dirimu

engkau berilah cahaya cintamu
dan selalu menyinari hidupku

apa yang ku mahu
hanya satu kata
kata cinta dari kamu

ratapan naluri memanggil namamu oh sayunya..

ku hanya mencintaimu
ku hanya menyayangimu
janganlah kau pergi meninggalkan aku sendiri

hati ini mahukanmu
hati ini merindukanmu
izinkan diriku memiliki dirimu...



okay. sudah habis. macam mana? jiwang tak saya? :P


awak. awak baakan tajuk post ni? awak faham tak ape yang saya cube sampaikan? saya berharap agar awak dapat memahaminya. saya takut jika saya kehilangan awak dan kehilangan perasaan ini, saya nak perasaan ini sentiasa ada dan biarkan ia mekar bagai bunga mawar di taman rashidah utama.


saya berjanji dekat diri saya bahawa saya akan menjaga awak dengan sebaik mungkin. mungkin ini semua hanyalah angan2 saya. saya hanya mampu merancang. tetapi DIA yang menentukan segala-galanya. saya hanya mampu berharap dan terus berharap.


awak nak tahu tak? sebenarnya saya sudah cipta satu lagu untuk awak. tapi lirik dia tak siap lagi. saya akan siapkan secepat mungkin dan jika rezeki saya murah saya akan cuba rekod lagu itu. insyaAllah.


eh korang semua. korang nak tahu tak siapa dia capital 'A' ni? kalau korang nak tahu be lah my follower, mungkin lain hari saya akan post pasal dia jika kami sudah bersama. hehe. :D terima kasih kepada korang yang sudi membaca blog budak IZZAT AMIR@ROBIN ni. adios~





4 comments: