Saturday, June 11, 2011

mimpi yang hilang


photo by festgraphy photography & trading


Assalamualaikum dan selamat sejahtera, di sini saya ingin mengucapkan terima kasih kepada kamu semua kerana telah sudi meluangkan masa untuk menjenguk blog saya yang tidak seberapa cantik ini. InsyaAllah lain kali saya akan cuba memperindahkan lagi blog saya ini.


saya tidak ingin bercerita panjang lebar tapi saya ingin berkongsi dengan anda hasil karya saya. saya budak baru belajar. kalau ada yang tak kena dengan sajak ini. anda boleh beritahu saya.



izzat amir@robin

MIMPI YANG HILANG


Asing bagiku untuk mengenali dirimu

Kau tiba dalam mimpi

Terpegun aku melihat dirimu

Kau Mengindahkan lagi malam ini


Masa silih berganti

Kau hilang dalam mimpi

Kebahagiaan sementara hilang kini

Apakah erti semua ini


Ku cuba mengejar kamu

Mengejar mimpi yang tak pasti

tak mahu aku kehilanganmu

kehilangan mimpi ini


mimpi ini amatlah bermakna

tiap saat kau luangkan masa

tidur malamku terbuai lena

hatiku gembira rasa


so ape pendapat korang tentang sajak aku? sajak ni aku buat sendiri. tak ada tiru sesiapa. bagi sesiapa yang cuba nak tiru sajak aku nie. korang paham2 la ea balasannya. haha. aku nyah kau nanti. bye2 u all <3

No comments:

Post a Comment