Wednesday, June 22, 2011

renungan buat seketika

photo by festgraphy photography & trading


assalamualaikum dan salam sejahtera, salam satu malaysia. berdirinya saya di sini adalah kerana saya mahu bercerita dan berkongsi tentang satu masalah yang dihadapi oleh remaja-remaja pada zaman sekarang. kita semua sudah maklum dengan budaya remaja zaman sekarang. kamu semua tahu tak apa yang saya mahu sampaikan pada kali ini? budaya apa yang saya cuba maksudkan? kamu semua tahu tak?? tahu tak?? mari sini kita semua buka mata luas luas dan hadaplah page ini. jangan tukar2! jangan! kalau kamu semua tukar, kamu semua akan terkena virus. saya sudah masukkan something. kamu semua mesti kena habis baca baru lappy or pc kamu semua akan selamat. haha. jahat tak saya?


okay. yang baca blog saya kebanyakannya budak2 sekolah. jadi saya nak nasihatkan sedikit dekat kamu semua supaya jagalah diri tu elok2. tolonglah. saya merayu dekat kamu semua. kamu semua janganlah mudah terpengaruh dengan hasutan syaitan. beware. kamu ssemua tu baru budak sekolah!! saya yang baru sahaja melangkah masuk ke UITM tidak sampai sebulan saya sudah takut dengan apa yang bakal terjadi dekat diri saya. salah pilih kawan dan dengan culture shocknya kemungkinan saya akan tersesat~


kalau kamu semua hendak tahu zaman dekat U dengan zaman sekolah memang lain keadaannya. bagi sayalah kan zaman sekolah dah lepas dan itu semua kenangan lalu. life must go on. saya sekarang dalam perjalanan hendak masuk ke alam dewasa. jadi sekarang ini saya masih tercari-cari arah tuju saya. apa yang sepatutnye saya lakukan dalam dunia ini. buat pengetahuan kamu. saya ni tidak la sebaik mana. manusia tidak lepas dari melakukan kesilapan. TETAPI saya cuba untuk memperbaiki kehidupan saya. cara saya hidup.


senior2 dekat sini kata. dekat U ni lah kita belajar cara untuk mengawal hidup kita. dekat U ni lah kita belajar macam2. bukan sahaja kita fokus untuk study tetapi kita belajar cara untuk menjadi orang dan menentukan masa depan kita. Dato' LAT pernah berkata sesudah kita tamat pelajaran, bila kita mahu mencari pekerjaan. orang akan menilai kita melalui penglibatan dan pengalaman yang kita ada sebanyak 70% dan 30% lagi orang hanya akan menilai melalui keputusan akademik kita. so kamu semua dapat tak point yang saya sudah terangkan ni? kalau tak dapat baca balik dari mula.


baiklah. saya rasa sampai di sini sahaja yang dapat saya kongsikan bersama. jadi kamu semua bolehlah ambil serba sedikit iktibar yang sudah saya tulis panjang panjang ni sebenarnya saya mempunyai banyak masalah lagi yang perlu diselesaikan. walaubagaimanapun, saya tetap akan tabahkan diri saya untuk mengahdapi dugaan ini. harap semuanya akan berjalan dengan lancar. InsyaAllah :)

No comments:

Post a Comment